CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 30, 2009

Ceritera Raya 2009..

Hari Raya datang lagi. Kali ini semua persediaan tertumpu kepada anak dara saya Qaisara Balqish. Oleh kerana tertalu menumpukan kepada Balqish, saya sendiri tidak sedar sepasang baju raya pun saya tidak beli/tempah untuk saya. Akhirnya beberapa hari sebelum raya saya membeli 2 pasang baju kurung untuk saya gayakan di hari raya. Suami masih sempat menempah sepasang baju melayu merah jambu dan membeli sepasang lagi berwarna krim. Ini kerana akhir-akhir ini suami banyak menghadiri majlis rasmi yang memerlukan suami berbaju mengikut tema majlis. Hari raya ini juga merupakan hari raya pertama saya bergelar ibu. Perasaan sukar digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi apabila Balqish menerima duit raya dari saudara mara. Rasa macam tak percaya pun ada. Tergelak suami melihat telatah saya yang kelam kabut nak menyimpan duit raya yang Balqish dapat.

Sepatutnya mengikut perancangan asal saya akan beraya di rumah kampung saya di Seri Menanti, Kuala Pilah tetapi menukar perancangan pada saat-saat akhir kerana adik beradik suami beraya dirumah mertua pula tahun ni. Yang tinggal hanya adik ipar saya dengan isterinya. Jadi malam sebelum raya saya bermalam dirumah mertua di Rantau. Bagi saya beraya dimana-mana tak mengapa asalkan saya bersama suami dan anak dara saya. Tahun ni adik beradik saya balik beraya di kampung Kuala pilah.


Ini gambar keluarga saya di pagi raya pertama di rumah mak mertua.


Bersama mak mertua saya dan isteri adik ipar saya, Elny. Bapak mertua saya tidak mahu bergambar jadi hanya mak saja yang ada dalam gambar ini.


Inilah adik ipar saya bersama isteri dan mak mertua saya. Oleh kerana ini tahun pertama mereka beraya sebagai suami isteri jadi mereka mengenakan baju nikah di pagi raya ni.


Tentulah Balqish yang paling bertuah pagi raya tu. Pagi-pagi lagi dah dapat duit raya dari PakCu nya. Tahun ni juga pertama kali saya tidak dapat menunaikan sembahyang raya kerana tiada siapa yang boleh menjaga Balqish.


Girang sungguh Balqish bersama Papanya. Tahun ni papanya memberikan duit raya RM1000 kepada Balqish. Seronok juga kalau tiap-tiap tahun macam ni...



Selepas beraya di rumah saudara mara belah suami, lewat petang hari raya pertama itu saya pulang ke Kuala Pilah. Sampai saja dah hari dah hampir malam jadi saya tidak kemana-mana. Balqish terus dikerumun oleh mak-mak saudaranya dan wannya. Ini gambar saya di pagi raya kedua di rumah kampung saya. Pagi tu baru lah saya beraya dirumah saudara mara terdekat.



Balqish bersama dengan mak saudaranya. Paling seronok tahun ni mak saudara dah kena sediakan duit raya untuk anak buah seorang ni...



Maklong saya dengan anak-anaknya. Dah bujang semuanya.. Balqish tumpang sekaki bergambar.


Ini gambar Balqish di rumah saya. Seronok melihat Balqish dah melangkah beberapa tapak. Lebih seronok mendengar Balqish membebel...



2 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Masya-ALLAH, comelnya balkish shelly..emak ngan anak sama aje naiknya, agaknya dua-dua senang hatikan..ha.ha.ha..

shelly Yusop said...

salam kak,
itulah dia anak dara saya tu.. yang lahir dgn berat 2.3 kg je. sekarang nak dukung pun tak larat. mungkin betul kata akak, hati senang kot. tu yang tak sedar badan dah naik tu... ha..ha..