CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 4, 2009

Amarah Yang Belum Hilang..

Entah mengapa walau sudah berhari-hari namun rasa sakit hati saya masih belum reda. Saya bukanlah seorang yang cepat marah atau gemar menyimpan dendam pada sesiapa apatah lagi pada orang yang saya anggap sahabat baik. Tapi saya tidak dapat menahan marah bila saya dikhianati oleh sahabat saya sendiri. Depan kita bukan main lagi baiknya. Belakang kita macam-macam yang difitnahnya saya. Sebelum ini saya telah beberapa kali diberi isyarat dari sahabat yang lain agar tidak terlalu baik dengan A. Tapi saya menerima A seadanya sebagai sahabat saya. Bagi saya setiap daripada kita mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu kita tanggani dengan bijaksana. Persahabatan yang saya hulurkan semata-mata ikhlas dan tiada niat yang tersembunyi. Saya tidak mahu menuduh tanpa bukti yang kukuh. Tapi segala-galanya sudah terbentang di depan mata. Niat saya untuk bersemuka tidak mendapat balasan. Biarlah apa saja yang nak dikata. Asalkan saya tahu kedudukan dan berpijak di bumi yang nyata. Saya tidak marah padanya cuma saya rasa kesal yang teramat. Kesal kerana dia adalah sahabat saya sendiri. Yang saya jaga aib dan kekurangannya. Namun siapalah saya hendak menghukum dia. Biarlah dia sedar yang dia telah menyakiti hati seorang sahabat yang menyayangi dan menghargainya. Saya pula walau sukar untuk melupakan apa yang dilakukan namun saya belajar untuk memaafkan setiap perbuatannya. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

Buat A, saya memberi peringatan. Mungkin saya bukan golongan orang yang akan berdendam pada awak tapi ketahuilah tidak selalu awak akan berjumpa orang yang seperti saya. Andai satu hari awak berjumpa orang yang akan membalas setiap perbuatan awak, ianya seperti buku bertemu ruas. Dan tidak selamanya awak akan berada di kedudukan awak sekarang. Sampai masa kaki awak akan menjejak ke bumi juga. Waktu itu awak akan tahu samaada langit itu tinggi atau rendah.



5 comments:

ain said...

akak dah xperienced benda ni. Rasa sedih dibuat begitu tetapi hikmahnya lebih manis kerana akak sudah tidak lg berkwn dgn org yg hipokrit!

Unknown said...

salam Shelly,
memang betul, susah nak maafkan kawan/sahabt yg bersikap telunjuk lurus, kelingking berkait.. sabar lah Shelly.. biarlah dia, semoga dia sedar suatu hari nanti, lagipun ade ramai lagi kawan yg hargai Shelly..

Sarnia Yahya said...

salam shelly...
Mmg begitulah ragam berkawan. hendak mencari kawan yg sebenar teman begitu sukar...

shelly Yusop said...

salam kak ain, hari tu memang terasa marah sangat tapi skrg dah rasa okey sikit. tapi alhamdulillah tuhan tu tak bagi selamanya shelly tertipu. dibentangkan depan mata satu persatu.

salam kakyong, shelly pun harap agar suatu hari nanti dia sedar yang dia telah menyakiti hati dan perasaan shelly. Tuhan lebih tahu setiap yang berlaku. Shelly terima dengan tangan terbuka.

shelly Yusop said...

salam kak sarnia,
betul la tu kak.. cuma shelly harap ramai lagi kawan yang pandai menghargai kawan-kawan yang berada di sekelilingnya.