CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 21, 2009

Belajar Lagi...

Baru-baru ini permohonan saya untuk sambung belajar secara out campus diterima. Saya akan memulakan pengajian pada 8 Ogos ini di Universiti Malaya dalam jurusan Bisnes. Perasaan saya bercampur baur bila diberitahu akan permohonan saya yang berjaya. Terfikir akan Balqish sebenarnya. Rasanya tak sanggup nak tinggalkan dia sehari suntuk. Dalam masa yang sama saya berasa seronok kerana berpeluang menambah ilmu disaat usia yang telah hampir ke angka 30. Berkali-kali suami mengatakan saya boleh dan pasti boleh.. Insyaallah saya akan berusaha sehabis baik dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri ibu dan dalam masa yang sama pelajar. Doa saya semoga Tuhan melapangkan hati saya selapang-lapangnya untuk menerima ilmu yang diberikan... Amin...