Saya memang suka bergambar. Kemana-mana mesti saya membawa camera bersama. Suami pula jenis yang tak berapa gemar bergambar. Jadi saya terpaksa memujuk kalau mahu bergambar sama. Gambar ni dirakamkan di atas bukit (saya tak ingat nama bukit ni) Dari atas bukit ini, kita akan nampak dua tasik berkembar. Sangat cantik dengan kabus yang agak tebal pada hari ini.
Saya tak makan durian walaupun durian dikatakan raja buah di malaysia. Walaupun seulas saya boleh demam panas yang berlarutan. Waktu ni dalam perjalanan turun dari bukit. Ternampak peniaga yang menjaja di tepi jalan. Apa lagi mereka pun bantai la melantak buah durian hampir 10 biji semuanya. Saya yang memang tak boleh bau buah durian terpaksalah duduk menonggok je kat tepi tu..
Saya dan suami di atas tebing tinggi. Deruan ombak dari laut ini sangat kuat sehingga kadangkala saya merasa ombak sudah berada di belakang saya. Walaupun begitu saya sangat senang dengan deruannya sehingga boleh terlupa pada masalah dan timbunan kerja.
Ini kira ala-ala menyemai cinta la ni... Teringat waktu berbulan madu dahulu. Tak sangka saya dah berkahwin hampir 5 tahun dan masih utuh cinta suami pada saya walaupun saya masih belum mempunyai cahayamata.
Waktu ambil gambar ni saya dalam keadaan berjaga-jaga. Ini kerana air dari ombak boleh membasahi seluar jeans yang saya pakai. Ada macam Angelina Jolie tak?
2 comments:
Syok nye... honeymoon giler kamu. Tak bawa anak ke? gambar dia tak der pun... lepas ni, tentu lagi banyak idea nak tulis. Tak sabar nak baca.
nama pun honeymoon kan... anak tak bawa. lagipun adlyn masih sekolah lgi. smart reader kids masih belum cuti lagi kak.. akak ajarlah mcm mana nak menulis dengan baik. nanti shelly boleh tulis novel pulak mcam akak.. he..he..
Post a Comment