CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 18, 2010

Majlis Makan2 Bersama Keluarga..

Pada 13 September yang lepas, saya menjemput semua adik beradik suami saya datang ke rumah untuk bacaan tahlil ringkas dan jamuan hari raya. Alhamdulillah hampir semua adik beradik suami saya datang untuk menghadiri jamuan ini. Kali ini ada yang 'request' nak makan nasi. Saya pun lintang pukang memasak bersama adik beradik saya dan juga bibik. Alhamdulillah sempat juga saya menyiapkan semua makanan untuk dihidangkan selepas solat isyak. Menu saya malam itu adalah ikan siakap stim limau, kari daging kentang, sotong sambal, gulai lemak puyuh campur mangga dan mee hailam. Tapi saya tak sempat snap menu saya memandangkan semasa dihidangkan makanan saya masih sibuk memasak mee hailam.

Saya sangat seronok dapat berkumpul sesama saudara kerana masa inilah kita dapat berkongsi cerita kehidupan masing-masing. Anak buah pula sibuk berlari ke sana kemari malah ada yang siap mencekik ikan koi yang saya bela dalam kolam dihalaman rumah. Walaupun ada rasa geram namun semua itu tidak dapat menghakis kasih sayang saya pada semua anak buah saya. Pada merekalah sebelum ini saya menumpang bermanja sebelum adanya Qaisara Balqish.

Apa yang lebih menyeronokkan kali ini adalah kehadiran kakak ipar saya yang pulang dari Langkawi untuk berhari raya di sini. Memang berganda seronoknya kerana kakak ipar saya ada baby baru. Nanti saya upload gambar anak buah baru saya pada entry yang akan datang. Terima kasih pada semua yang hadir malam tu.. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh NYA.. Amin..


Rindu Yang Terlerai..

Selain keriangan menyambut syawal bersama keluarga tercinta, hari raya tahun ini berganda kemeriahannya dengan kehadiran sahabat baik saya yang agak lama juga tidak berjumpa. Ini kerana selepas berkahwin sahabat saya ini terus berpindah ke Sabah kerana ditukarkan mengajar di sana. Terharu saya menerima kedatangan sahabat saya ini. Apatah lagi inilah kali pertama saya dapat memangku anaknya yang baru berusia 5 bulan. Sebelum ni saya hanya dapat melihat di dalam gambar yang dikirimkan saja.

Terima kasih untuk sahabatku Zanariyah Mohd Yusof, suami, mak dan Mohamad Hadif kerana sudi menyinggah walaupun esok dah nak bertolak ke Sabah semula. Semoga selepas pertemuan kali ini akan ada pertemuan2 yang akan datang. Thanks to Zana becouse sentiasa jadi kawan saya yang baik samaada saat saya susah, senang, sedih dan gembira. Harap-harap persahabatan ini akan kekal hingga akhir hayat kita.. Insyaallah... Amin...

Wednesday, September 15, 2010

Hari Raya 2010...

Rasanya Hari Raya saya kali ini saya sambut dengan sederhana sekali. Tiada tempahan baju mahupun membuat kuih raya. Paling tidak pun hanya tempahan baju kurung anak dara saya si Qaisara Balqish. Dan saya juga ada menempah 2 pasang baju kurung untuk emak mertua saya. Selain itu semua kuih raya adik-adik saya yang tolong belikan. Saya memakai semula baju yang saya tempah semasa adik saya kahwin beberapa bulan yang lepas. Sebabnya saya hanya memakai baju merah tersebut sekali saja. Jadi daripada membazir lebih baik saya pakai semula pakaian tersebut.

Walaupun begitu, apa yang best kali ini adalah saya beraya pertama kali di rumah baru saya. Akhirnya segala penat lelah bekerja selama ini termakbul juga untuk membuat rumah seperti yang diidamkan. Walaupun tidak begitu besar namun besar ertinya pada saya dan suami.

Antara anak-anak buah saya yang datang beraya ke rumah saya. Seronok sungguh kalau dapat berkumpul beramai-ramai seperti ini. Terasa saya dah berusia pulak bila dikelilingi anak-anak buah yang semua dah remaja.

Gambar ini diambil pada hari raya yang pertama di rumah kampung saya di Kuala Pilah. Tahun ni bertambah seorang lagi ahli keluarga saya iaitu suami adik saya Awang yang berasal dari Sabah. Ringan sikit kerja suami saya sebab dah ada geng kalau nak buat kerja. Sebelum ni suami saya yang jadi orang kuat kalau nak buat apa2...

Gambar ni saya ambil semasa berhenti solat zuhur di masjid taman tuanku jaafar. Masa ni tengah berkonvoi untuk ke rumah saudara mara.

Bila pulang ke rumah mak mertua pada hari raya yang ke 2, berbeza suasanannya. Dirumah mertua lebih meriah kerana suami mempunyai 9 orang adik beradik. Jadi sudah tentu sambutannya berbeza. Kalau nak kerumah saudara mara, kami akan berkonvoi sampai enam tujuh kereta. Anak2 buah jangan cerita la.. dah dekat 30 orang. Yang kelakar kadangkala saya tak ingat nama. Anak2 buah selalu cakap saya dah tua.

Apa yang lebih membahagiakan untuk seorang ibu melainkan dapat merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama anaknya. Itulah yang berlaku kepada saya.. Bagi saya kebahagian hanya untuk Qaisara Balqish. Saya hanya menumpang kegembiraan yang dibawa Qaisara Balqish dalam hidup saya sekeluarga.

Disebalik kegembiraan menyambut Hari Raya tahun ini, hati saya masih terus terusik dengan kenangan yang ditinggalkan oleh arwah ibu saya. Tapi saya tidak membawa emosi sedih itu dalam keriangan berhari raya. Selain itu, saya gunakan sebaik mungkin hari raya ini untuk mengunjungi saudara mara yang selama ini mungkin tidak sempat ditemui kerana kesibukan tugasan seharian. Itu yang lebih penting sebenarnya.

Hari Raya itu tetap akan datang setiap tahun tapi adakah Hari Raya ini hari raya yang terakhir buat kita.. Untuk saya, asalkan ada orang-orang kesayangan di sisi saya pada setiap kali datangnya syawal, itulah Hari Raya yang paling bermakna dalam hidup saya.


Sabulan di Bulan RAMADHAN...

Alhamdulillah.... walaupun entry ini agak lewat diletakkan didalam blog ini, namun saya tetap ingin berkongsi cerita sebulan di bulan ramadhan ini.Tahun ini merupakan pencapaian terbaik saya dalam menyiapkan makanan berbuka dan bersahur untuk seluruh ahli keluarga saya. Seingat saya dalam bulan Ramadhan tahun ini hanya 3 kali sahaja kami sekeluarga berbuka diluar (tidak termasuk suami). Setiap hari ada saja menu baru yang mahu saya cuba melalui buku resepi yang saya beli.

Tapi sayangnya saya tidak sempat mengambil gambar untuk diletakkan dalam blog ini. Walaupun mungkin bagi orang lain, pencapaian ini adalah biasa2 saja namun bagi orang yang mempunyai huruf 'M' dalam hati seperti saya inilah pencapaian terbesar saya dalam tahun ini..

Meninggalkan Ramadhan hati menjadi sayu... Terfikir sejenak, adakah tahun hadapan saya berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini lagi.. Insyaallah...



Saturday, July 31, 2010

Layan Sekejap...



Dugaan Hidup....

Dalam hidup, kita mengharapkan sesuatu yang sentiasa indah dan manis. Tapi kadangkala kita lupa percaturan hidup bukan hak milik kita yang kita boleh caturkan mengikut acuan kita. Begitulah hidup saya akhir-akhir ini. Disebabkan hati dan perasaan yang terluka kadang kala kita sebagai manusia hilang rasionalnya. Saya menerima dugaan ini sebagai satu lagi cabaran dalam kehidupan saya. Tapi sehingga saat saya menaip entry kali ini hati saya masih sedang terluka dan marah. Pada siapa harus saya mengadu..

Mengapa mereka tidak memahami apa yang saya rasa? Adakah mereka semua sudah hilang rasa timbangrasa sesama manusia? Terlupakah mereka itu saya ini adalah sebahagian dari kehidupan mereka? Mungkin saya yang terlupa dunia sekarang dunia $$$$$... Kerana $$$$ mereka sanggup lakukan apa saja asalkan semua yang dihajati tercapai. Termasuk mengetepikan perasaan orang disekeliling untuk kepentingan sendiri..

Kalau mereka terbaca entry ini, saya harap mereka sedar bahawa dalam permainan ini saya yang terluka walaupun saya tidak berada didalam permainan mereka....


Thursday, June 24, 2010

Telatah Balqish di Karnival Budaya...

Sekarang Balqish memang suka sangat kalau dibawa keluar berjalan. Tak kiralah malam ke siang. Kalau dah siapkan dia, jangan harap nak tunggu lama. Mesti mengamuk punya. Semasa di Cherating tempohari, saya sempat membelikan Balqish kasut Crocs yang berharga RM129. Terbeliak mata suami saya bila saya katakan harga kasut tu. Kelakar la pulak. Tapi alhamdulillah Balqish selesa memakainya. Sayangnya kasut tu sampai setiap kali pulang dari berjalan disimpan didalam rumah.
Semasa berlangsungnya Karnival Budaya Negeri Sembilan tempohari saya sempat meninjau beberapa acara yang diadakan. Tapi saya pergi waktu latihan saja sebab tak suka bersesak masa hari sebenar acara. Banyak juga tarian yang dipersembahkan. Ianya termasuk dalam dan luar negara. Dari negara Afrika pun ada. Memang seronok tengok tarian kebudayaan negara luar. Asyik sangat melihat saya terlupa nak snap gambar menari. Yang ada hanyalah gambar telatah Balqish pada malam tersebut.


Mula-mula sampai Balqish masih lagi malu-malu. Walaupun begitu kakinya tetap bergoyang mengikut rentak lagu yang dipersembahkan.

Ada beberapa orang petugas yang seronok melihat telatah Balqish yang menari mengikut alunan lagu. Ada yang minta izin untuk bergambar dengan Balqish. Tengoklah tu siap buat peace pada 'kakak2' yang sibuk mengambil gambarnya.

Waktu ni Balqish dah mula menegur orang ramai yang lalu. Dia memang ramah dengan orang cuma tidak mahu kalau didukung. Saya membiarkan dia bermain bersama petugas2 malam tu sambil memerhatikan dari jauh.



Tengoklah step yang Balqish buka. Saya sendiri pecah perut melihat tarian samba yang Balqish persembahkan. Balqish...Balqish...

Agaknya kenapa ye ada tali merah ni?

Tak puas hati kalau tengok dari jauh je... Balqish dah siap nak menghampiri penari2 yang dijemput khas dari luar negara. Mungkin suka kot tengok penari yang melonjak-lonjak sambil memakai pakaian kebangsaan negara masing2..

Dah kepenatan... Akhirnya Balqish dapat ditangkap oleh pekerja saya yang ditugaskan pada malam tersebut. Mungkin sebab dah penat jadi Balqish mengikut saja. Masuk je kereta malam tu tak sempat saya nak menukar pampersnya Balqish dah zzzzzzz....