CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 17, 2010

Majlis Perkahwinan Adik Bongsu Saya.. 14 Mac 2010

Rasanya masih tak terlewat untuk saya memasukkan entry tentang adik saya ni. Setiap kali saya tengok kembali gambar semasa majlis perkahwinan ni terbayang kepenatan yang suami, saya dan adik2 yang lain tanggung selama berbulan2 sebelum majlis berlangsung. Maklumlah sayalah yang terpaksa menggantikan arwah ibu menguruskan majlis ini. Istimewanya tarikh ini jatuh pada hari lahir suami saya.


Macam biasa kaklong Jana dan kakngah Razia yang sentiasa menjadi pembakar semangat saya dan menjadi tulang belakang saya.


Gaya saya pada majlis langsung tersebut. Kat tangan tu penuh dengan wang dari tetamu yang datang. Syukur alhamdulillah dan terima kasih pada yang memberi...


Wajah adik saya terpancar kegembiraan kerana telah sah menjadi isteri.


Sejurus selepas selesai majlis akad nikah dirumah saya. Kira dah selamat la...


Seri pengantin baru....


Saya mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan baru adik saya. Semoga tabah dan sabar dalam melayari alam berumahtangga dan menjadi isteri yang terbaik dimata dan dihati suami. Dan beberapa hari lepas saya mendapat berita gembira kerana adik saya telah hamil 6 minggu. Syukur alhamdulillah... Bertambahlah anggota keluarga saya dan gembiralah Balqish kerana bakal mendapat sepupu..



0 comments: