CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 23, 2010

Hari Lahir Saya... 18 Jun 2010

Jumaat yang lepas saya menyambut ulangtahun kelahiran. Tapi pada tarikh tersebut suami saya sibuk menguruskan Karnival Budaya Negeri Sembilan. Tiada acara istimewa pada tarikh 18 jun tu. Entah kenapa malam tersebut hati saya digamit rasa rindu yang teramat pada arwah ibu saya. Saya rindu pada nasi ayam yang biasa arwah ibu saya masakkan untuk saya sempena hari jadi saya. Sehingga saya tak mampu menahan air mata. Akhirnya saya lelap dengan air mata yang masih bersisa dipipi.

Acara sebenar pada petang 19 jun. Saya disuruh bersiap oleh suami dan baju siap digosok berwarna merah. Tak sangka selesai bersiap saya lihat semua berbaju merah. Kelakar la pulak. Ni mesti kerja kakngah la. Sebab biasanya kalau pasal baju boria ni memang kakngah yang pandai matchkan... Perjalanan diteruskan ke Bagan Lalang di Sepang jam 6.30 petang. Sempat singgah di masjid untuk menunaikan solat maghrib dulu..


Balqish kalau kita ambil gambar sambil duduk dia pun duduk sekali. Ni dia dah siap nak naik kereta. Tak sabar la sangat nak berjalan...



Berhenti di tepi jalan menunggu kereta yang lain. Tak sangka ramai juga yang suami jemput untuk sama-sama meraikan harijadi saya. Sambil menunggu tak sah kalau kitaorang tak mengambil gambar. Kata suami "korang ni memang sawan gambar".



Abah dengan Balqish pun join sama bergambar. Kereta yang lalu lalang pun menggeleng melihat kami. Nak kata dari jauh kereta semua no plat bermula dengan N. Dah sah2 orang negeri ni..



Ramai juga yang join majlis ni. Lebih 15 orang. Semuanya adalah saudara dan rakan2 rapat saya. Jemputan semua diuruskan oleh suami. Yang kelakar hampir separuh berbaju merah...



Thanks to Puan Erin satu family sbb sudi hadir.. Anak beranak berbaju merah... Nasib baik suami sporting..



Terima kasih sayang kerana merealisasikan malam ini.



Sempat juga sambut hari bapa.. Siap bagi abah hadiah lagi...



Time yang ditunggu-tunggu.. Agaknya apalah hadiah yang suamiku bagi ni kan?



Oooooo.... Kamera D90 rupanya... Memang ada plan nak beli kamera.. Tapi saya tak sangka la kamera D90 pula yang saya dapat. Anyway thanks.... sayang hubby...



Akhirnya.... Bolehlah lepas ni sapa yang nak bergambar panggil saya....



Puan Erin dengan anak-anaknya... Nurin dan Insyirah...



Kaklong Jana dengan mak mertuanya turut memeriahkan majlis walaupun letih.. Terima kasih daun keladi...



Kaklang dan buah hatinya... fendi...



Kakteh yang sedang hamil 2 bulan dengan suaminya..awang.. Sejak mengandung kakteh lebih rapat dengan Balqish.. Siap ambil mc sebab nak attend majlis ni.

Kepada semua yang sudi menghadirkan diri pada malam tersebut saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih. Terima kasih juga pada suami tercinta dan anakanda Qaisara Balqish kerana hadiah tersebut. Buat adinda2 semua, thanks to everything.. Kasih dan cinta saya hanya untuk kalian semua..


2 comments:

idasm said...

happy belated besday buat shelly. time tu akak kat jakarta, celebrate anny n besday suami. alahai.. tak sangka. suami akak punya besday 19 jun. shelly pulak 18 jun. senanglah akak ingat besday shelly ni.. hehe.

shelly, meriah majlis serba merah. sporting suami shelly. besday gift tu best sekali tu. D90...idaman kak ida jugak tu.

nanti kita jumpa bolehlah posing ngan camera baru shelly ni..

take care yea...

shelly Yusop said...

thank you kak ida.. wow, mesti best kan dapat berjalan kat Jakarta. Yang penting shelly sambut kat malaysia je kak ida sampai luar sambut birthday suami..

perancangan semua tu kak ida, suami dan adik2 yang buat. so shelly follow je la bila diorang suruh pakai baju merah. tak sangka lak ramai yang berbaju merah. kalau kak ida dapat D90 tu bolehla kita berposing sesama ye kak ida....

take care too...