CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 19, 2009

Kerinduan...

Malam ini mata saya seakan tidak mahu lelap. Puas saya pusing ke kiri dan kanan namun mata masih segar seperti baru bangun dari tidur. Balqish dan adik-adik sudah lama tidur meninggalkan saya terkulat-kulat memandang siling. Entah apa sebenarnya yang saya fikirkan. Bermacam-macam perkara dan peristiwa berlegar diruangan mata. Tiba di satu wajah yang saya rindui, hati saya dicengkam hiba.. Terus airmata jatuh berlinangan tanpa dapat saya empang lagi. Sudah lama saya tidak meratap sedih begini. Rasanya saya sudah terlalu rindu pada dia.. Walaupun cuba dilupakan dengan aktiviti harian yang sibuk namun lumrah manusia mudah tewas dengan perasaan dan emosi. Kala saya berperasaan begini, saya akan menangis semahu hati.. Biar keluar semua kedukaan, biar lepas semua kerinduan namun selagi saya tidak memegang dua batu yang menjadi penghadang dan mengalun yasin sebagai penenang saya tidak akan puas.. Lena saya hari ni akan menjadi lena yang tidak keruan.. Ibarat pungguk merindu bulan.. Begitulah saya yang ketandusan. Saya ketandusan kasih sayang seorang ibu... Rindu pada arwah ibu buat saya penasaran... Pada Tuhan saya pohonkan, agar roh ibu saya sentiasa dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang-orangmu yang solehah... Amin...


6 comments:

idasm said...

shelly tabahkan hatimu... ingatlah tuhan sentiasa bersama kita dan insyaallah.. rahmat ilahi sentiasa bersama roh arwah... alfatihah...

shelly Yusop said...

kak ida, kadangkala kita tak dapat nak mengawal emosi kita. walaupun cuba kita tahan dan pendam. cukup masanya airmata pasti akan menjadi jalan akhirnya....

zara aluwi said...

Sekarang Shelly sudah menjadi ibu, maka berikanlah kasih sayang seorang ibu itu kepada anak pula, agar dia merasakannya kehebatan ibunya. Agar dia juga tidak terkilan untuk merasakan kasih sayang seorang ibu.

Kita wajib mengingati yang telah pergi dan wajib juga mengfidyahkan doa untuk yang telah pergi.

Al-Fatihah untuk yang telah kembali kepada-Nya.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam shelly.
Kasih ibu tu ttp akan mengharum di hati kita..
mmglah walaupun kita sendiri dah bergelar ibu, tapi rindu pada arwah mak tetap ada dihati..dan hanya doa dan air mata yang dpt melegakan perasaan rindu pada mak!

shelly Yusop said...

kak zara, begitulah kehidupan ini kak.. bukan shelly tak redha pada pemergiannya namun sekali sekali kesedihan itu menepuk pintu hati shelly ini...

kak nik, kasih ibu memang tiada galang gantinya... namun biarpun redha dengan segala yang trjadi, terkadang tersebut dan terpanggil nama arwah...

ursiecabiness said...

Casinos Near Harrah's Philadelphia Casino & Racetrack - Mapyro
Search for 당진 출장샵 Casinos Near Harrah's Philadelphia Casino & Racetrack in 아산 출장샵 Philadelphia, PA. 보령 출장안마 충청북도 출장안마 and find a 포천 출장마사지 location near the track.