CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 10, 2009

Happy Birthday Abah...52thn...

Semalam saya membawa semua ahli keluarga saya berbuka di Hotel Royal Bintang Seremban. Kebetulan semalam 9.9.2009 adalah hari lahir abah saya yang ke 52 tahun. Jadi saya mengambil kesempatan untuk membawa abah saya berbuka diluar. Saya jarang berbuka diluar kecuali jika ada jemputan. Bukan apa, sejak ada penyakit H1N1 ni, saya takut hendak membawa Balqish dan Adlyn keluar ke tempat awam. Waktu berbuka saya tak sempat nak snap gambar makanan kerana saya hanya duduk menjaga Balqish yang semakin lasak. Semua makanan suami yang mengambilnya untuk saya. Jadi yang sempat snap adalah gambar ahli keluarga saya sahaja.

Ini saya dan adik ketiga saya, Sue.

Ini kakngah dan kakteh.

Yang ni tentulah my luv.... he..he...

Yang hensem itulah abah saya. Rasanya abah saya yang paling banyak makan sekali. Bubur lambuk aje 3 mangkuk abah makan. Yang kat tangan abah saya tu daging percik yang disalai. Sedap sungguh dicicah dengan kuah kicap.

Ini kedua-dua buah hati saya Adlyn dan Balqish. Si Balqish ni dah tumbuh gigi. Jadi kerjanya menggigit orang je.. Mungkin kerana gusinya gatal kot...

My family...

Tengoklah abah saya tu... tadi kat tangan daging percik, yang ni pulak kuih keria.. Memang semalam abah langsung tak berpantang. Air batu rasanya berjag-jag abah minum...

Inilah semua yang menghadiri majlis berbuka puasa ni. Balqish memang pandai berposing. Tengoklah tu... gaya macam dah pandai jalan je...he..he..

Lagi foto keluarga... tengok abah, kali ini air asam boi pulak kat tangan..

Mana-mana pergi Balqish memang jadi tumpuan. Semua berebut nak pegang dan dukung dia. Balqish dengan maksunya...

Ini dengan maktehnya pulak...

Ni waktu dah kenyang... Semua tersandar kekenyangan...

Ada rupa tak saya dengan abah...?

Balqish dengan atoknya...

Saya doakan abah saya akan sihat tubuh badan dan panjang umur. Sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati olehNYA. HAPPY BELATED BIRTHDAY DAD... i Love You so much...



0 comments: