CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 8, 2009

4 Jam Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan..

Pada 5/9/2009 yang lepas, saya menghadapi peperiksaan saya yang pertama di Universiti Malaya. Memang rasa tension sangat. Maklumlah dah lama saya tak menghadapi peperiksaan. Minggu tu saya tak lalu makan sbb terlalu risau memikirkan bentuk soalan yang akan keluar nanti. Yang membuatkan keadaan saya bertambah teruk adalah demam yang tinggi sampai 40'celcius. Nasib baik 2 hari sebelum peperiksaan demam saya dah kebah. Cuma tekak yang masih bernanah dan bengkak.


Tengokla tu... Orang lain sibuk mengulangkaji saya sibuk bergambar...


Satu lagi posing saya masa orang lain sibuk discuss... Saya dah pening masa ni sebab tak larat nak masuk ilmu banyak-banyak dalam satu masa.


Yang berbaju hijau tu kak Banun toukeh ikan pekasam, baju merah Kak Shida, yang berdiri Kak Zeti dan yang baju biru tu kak Aini. Dalam ramai-ramai tu saya yang paling muda sekali...


Yang tengah control macho tu abang Shanif.. Berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang perubatan. Tengoklah Kak Banun tu, orang nak ambil gambar dia, dia nak ambil gambar kita pulak...


Kak Shidah dah mula pening kepala... Dia kata susah betul dah tua-tua nak belajar... Kak Aini ni suami dia mat saleh...


Thanks kat Kak Zeti sebab banyak bantu saya cari info. Almaklumlah saya last minute baru dapat tengok buku sebab demam. Bukan main lentok kepala saya...


Ni taukeh ikan pekasam... Terima kasih juga sebab siap printkan nota dan fax kat saya. Jasa dan budi kak Banun saya simpan sampai hujung nyawa....


Akhirnya apa yang saya resahkan telah berlalu. Alhamdulillah... peperiksaan itu tidaklah sekejam yang saya sangka. Walaupun saya hanya dapat mengulangkaji hanya 2 hari sebelum hari peperiksaan, tapi atas bantuan rakan-rakan yang baik hati saya dapat menjawab soalan dengan lancar (tapi tak tahulah betul ke salah). Saya harapkan saya akan mendapat gred terbaik kali ini. Insyaallah...




0 comments: