CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 30, 2009

Menu Dari Serawak.. Umai..

Inilah satu-satunya menu yang sempat saya pelajari semasa di Serawak. Pada mulanya umai ni macam tak dapat diterima oleh tekak saya. Tapi semakin dimakan semakin sedap. Yang uniknya umai ni tak payah nak goreng ke, rebus ke atau kukus. Umai dimakan mentah sahaja.

Mengikut kata mummy Ir yang mengajar saya buat umai ni, kita boleh pilih ikan mengikut citarasa kita sendiri. Biasannya di serawak kebanyakkannya menggunakan ikan pirang. Tapi disebabkan ikan pirang tu sudah kehabisan stok mummy menggunakan ikan senangin.


Ikan tu kita lapah dan buang tulang di tengahnya. Kalau ada sikit-sikit tulang yang kecil-kecil tu takpe. Yang penting pisau mesti kena tajam untuk memudahkan kita melapah ikan tersebut. Kepala dan isi dalam perut ikan pun kena buang. Tinggalkan bahagian badan sahaja.

Lepas dah lapah kita basuh isi ikan tu bersih-bersih dan hiris halus-halus. Lagi halus lagi sedap. Kalau masa hiris ikan tu nampak tulang, buanglah sekali tulang tu agar takde sesiapa yang tercekik.

Hiris limau lepas tu perahkan airnya kemudian gaul rata. Biarkan sekejap. Sambil tu tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili besar. Kemudian campur terus kat ikan yang sudah digaulkan dengan perahan limau. Jangan lupa letak garam dan sedikit ajinamoto (kalau taknak pun takpe). Cili tu pun kalau nak pedas tambah la ikut kesesuaian kita sendiri.


Inilah hasilnya menu dari Serawak yang dipanggil Umai atau kadang-kadang mummy panggil local sushi. Kalau dibiarkan dalam peti ais boleh tahan berhari-hari. Makan sejuk-sejuk pun sedap juga. Selamat Mencuba..



3 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam
shelly umai ni, klu kat belah kelantan dorang panggil lawa..
biasanya guna ikan selayang @ sardin. letak asam limau nipis, garam, gula/aji dan hiris daun kesum sket...guna cili api lagi kick..
kakak akak dlu duk sarawak, dia buat umai udang..pakai buah kelubi.. sedap gak..

ain said...

1st time dengar umai nih. sedap??

Unknown said...

salam Shelly,
teringat masa g program bakti siswa kat Pulau Perhentian (almost 20 thn yg dulu).. ikan fresh2 buat lawa... huuuhhh, sedap sungguh...