CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 16, 2009

Menilai Kekurangan Diri..

Kehidupan di zaman yang serba moden ini selalu membuatkan saya terleka sedikit dengan tanggungjawab yang sepatutnya saya dahulukan. Terfikir tentang kehidupan selama 29 tahun saya didunia ini. Adakah mencukupi amal yang telah saya lakukan andai esok dipanggil mengadap Tuhan? Bagaimana pula amal saya terhadap ibu bapa saya? Mengingati semua itu membuatkan saya terasa betapa kerdilnya saya dalam dunia ini..

Solat... walaupun tidaklah selalu saya tinggalkan namun mengerjakan yang fardhu biasanya sudah di penghujung waktu. Mengutamakan kerja yang seharian tidak pernah habis dan akhirnya solat yang dilakukan tidaklah sekusyuk mana kerana mengejar waktu yang masih bersisa. Sejak dikurniakan Balqish saya tidak lagi mengerjakan solat malam memohon agar dikurniakan cahayamata sebagai pelengkap kehidupan. Manusia mudah lupa pada nikmat yang Tuhan turunkan pada kita. Seringkali bila ditimpa musibah barulah kita akan memohon perlindungan dan pertolongan dari Allah s.w.t.

Saya bercerita mengenai saya.. Jesteru bila berkesempatan mengasingkan diri dari kesibukan tugas sebagai isteri, ibu, kakak dan ketua di pejabat saya benar-benar bermuhasabah diri. Menilai kekurangan diri saya sebagai hambanya. Menilai betapa lekanya saya mengagungkan duniawi melebihi apa yang sepatutnya saya kejar sebagai bekalan disana nanti.

Ibu dan Abah... Saya benar-benar bersyukur kepada Tuhan kerana membenarkan saya berbakti kepada arwah ibu saya sebelum arwah ibu meninggal dunia. Walaupun hanya sebulan lebih menjaganya namun saya percaya Tuhan tahu keihlasan saya menjaga ibu semasa strok akan dikurniakan pahala yang berlipat kali ganda. Itu yang diberitahu kepada saya oleh saudara mara yang melawat arwah ibu saya. Saya berkesempatan menjaga arwah seperti arwah menjaga saya sewaktu kecil dahulu. Walaupun kadangkala karenahnya sukar dijangka namun saya melayan arwah ibu dengan sabar. Sedikit tidak pernah ada perasaan geli sewaktu saya mencuci najis yang bertaburan dilantai (kerana arwah suka membuka pampers sendiri), tidak pernah saya merungut kerana terpaksa berjaga malam menemaninya. Sebab itulah saya rasa sedih yang teramat dalam sewaktu arwah ibu meninggalkan saya. Bukan hanya kerana ibu saya sudah tiada malah yang lebih menyedihkan lagi saya sudah tidak dapat berbakti kepada arwah ibu saya lagi. Kini yang tinggal hanya abah saya. Saya tidak pernah melupakan tanggungjawab saya pada abah saya walaupun abah saya masih kuat dan bekerja. Kadangkala abah saya mencabar kesabaran saya dengan karenah yang melampaui batas namun abah tetap abah. Walau buruk macammana pun dia masih abah saya dunia akhirat.

Pengasingan diri ini membuatkan saya rasa amat tenang, damai dan lapang. Terlepas dari bebanan kerja yang tidak pernah habis dirumah dan di pejabat, sunyi dari keriuhan suara mereka yang sentiasa di sisi saya. Yang ada hanya suara tangisan dari saya saat memohon keampunan dari Tuhan atas ketelanjuran dan dosa-dosa yang telah saya lakukan. Tangisan yang sukar ditahan-tahan dan yang lahir dari jiwa yang paling dalam. Percayalah... saat itu yang ada hanya saya yang kerdil dan Tuhan yang Maha Esa....



6 comments:

ain said...

kadang2 kita memang perlu berseorangan untuk menilik balik kekurangan diri, kecuaian kita terhadap perintahNYA dan macam2 lg perkara2 yg kita terlupa untuk lakukan.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

selamat kembali shelly.. semoga shelly sudah bertemu diri sendiri.
Apapun hidup mesti diteruskan. Teruskan dengan penuh keazaman dan tekad, bahawa hari ini yang dilalui mesti lebih baik dari semalam dan esk yang mendatang lebih baik dari hari ini yang bakal berlalu.

shelly Yusop said...

salam ain..
begitulah kita selalu terleka.. hanya kita yang mengenali diri kita yang sebenarnya.

kak nik,
terima kasih kerana selalu ada.. yang pasti kehidupan lepas bertapa semakin mudah dan lapang.. kalau tidak sebaik dan seagung keperibadian Aisyah kesayangan Nabi Muhammad saw, tapi mungkin boleh berusaha menjadi setara dengan keindahan hati budinya.. insyaallah..

idasm said...

sesekali bermuhasabah.. terasa betapa kerdilnya diri... namun ALLAH MAHA MENGASIHANI... selagi ada ruang dan waktu... marilah kita sama2 memperbaiki diri.. ke arah insan sejati...

Unknown said...

Salam Shelly,

suka pulak membaca entri & tajuk ini.. yerlah kakyong pun sama, sejak jadi ibu, byk yg biasa dibuat tidak dpt dibuat.. lebih2 yg berkaitan dgn ibadah2 utk mendekatkan diri kpd ALlah.. terima kasih shelly atas ingatan ini utk diriku yng leka .

shelly Yusop said...

salam kak ida..
syukur pada tuhan kerana memberi shelly peluang untuk terus bernafas dan memperbaiki diri. harap2 kehidupan duniawi tidak terus melekakan shelly..

salam kak yong..
seperti yang shelly katakan, shelly bercerita mengenai diri shelly. alhamdulillah kerana kakyong pun terkena tempiasnya.. sama-samalah kita memperbaiki diri. mudah-mudahan tuhan mengampunkan kita semua dan menyedarkan kita tentang kelalaian yang kita semua lakukan.