CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 22, 2009

Janda Yang Dara..

Semalam saya terserempak dengan seorang kawan lama. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa menyebabkan saya hampir tidak mengenalinya. Mujur sahabat saya itu masih mengenali saya. Katanya saya dah bertambah cantik (perasannya...) Oleh kerana saya mempunyai masa terluang, saya pun mengajak sahabat saya tu berbual kerana byk yang saya ingin tahu mengenai sahabat saya itu. Apatah lagi bila melihat raut wajahnya yang tidak berapa ceria dan nampak seolah-olah mempunyai masalah yang terpendam. Padahal dahulu sahabat saya itu terkenal dengan keramahannya dan gelak tawanya yang seakan-akan mengilai.
Saya mulakan dengan cerita saya dahulu. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang baru 3 bulan. Ada juga saya bercerita tentang tekanan yang saya alami kerana lambat dikurniakan cahayamata.
"macammana life kau pulak? dah berapa orang anak sekarang?"
lama juga sahabat saya tu terdiam. Lepas beberapa saat baru dia mula bercerita.
"aku sudah berkahwin tetapi baru bercerai bulan lalu. Aku tidak ada anak dengan laki aku tu. Entahlah sebenarnya aku masih tak percaya yang aku kini bergelar janda."
"what? dah bercerai? Apa masalahnya?" Saya bertanya lagi.
"kau tahu tak aku kahwin baru setahun. Sejak mula aku kahwin aku tak pernah bersama suami aku. Aku tak tahu kenapa bila aku nak bersama je tiba-tiba aku period. Kau bayangkanlah setahun aku melalui semua ini. Bulan madu aku pun berdarah jugak." Muka sahabat saya dah mula merah menahan tangis. Saya menjadi serba salah untuk bertanya lagi. Saya biarkan sahabat saya bercerita lagi.
"Bila aku ke hospital macam biasalah doktor kata hormon aku tak stabil. Ada juga aku berubat dengan ustaz di tempat aku tu. Katanya aku dibuat seseorang. Aku rasa macam tak percaya yang aku dibuat oleh girlfriend laki aku. Perempuan tu orang Indon, janda ada anak 3."
Saya tak mampu nak berkata apa-apa lagi bila mendengar cerita sahabat saya itu. Saya tak sangka begitu kotor sekali permainan dunia sekarang. Sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kemahuan sendiri.
Bila melihatkan saya terdiam sahabat saya itu menyambung kembali.
"Bila dah bercerai baru mak mertua aku cerita. Yang sebenarnya dulu laki aku tu memang nak kahwin dengan perempuan Indon tu tapi mak mertua aku tak setuju. So bila laki aku mula berkawan dengan aku, mak mertua aku terus masuk meminang. Tak sempat aku nak berkawan lama dengan laki aku tu, aku dah kena kahwin. Takpelah, aku fikir lepas kahwin la kami baru nak bercinta. Tup..tup.. ini jadinya." panjang lebar penjelasan kawan saya tu.
"Sekarang aku dengar laki aku tu memang nak kahwin dengan perempuan Indon tu walaupun mak mertua dengan keluarga tak setuju. Biarlah malas aku nak fikir lagi."
"Takpelah, anggaplah jodoh kau sampai kat sini. Sekarang apa yang penting kau perlu pulihkan diri kau dulu. Doa banyak-banyak agar diberikan ketenangan kat kau. Kita ni hidup tak lama pun. Tak perlu kita nak penuhkan hidup kita ni dengan sengketa. Buatlah sesuatu yang boleh buat kau gembira." nasihat saya kepada sahabat saya itu.
"Itu yang sedang aku lakukan. Aku mula melakukan perkara yang aku terpaksa tinggalkan semasa aku berkahwin dahulu. Semua orang tak tahu yang aku masih dara lagi." mata sahabat saya mula berkaca.
"sudahlah.. jangan difikirkan lagi. Lagipun kau dah jadi Janda Meletup sekarang ni." saya cuba mengusik sahabat saya itu yang sudah mula tersenyum.
"banyak la kau janda meletup. Aku yang nak meletup adalah." gurau sahabat saya.
Pertemuan itu berakhir hampir lewat petang. Setelah bertukar no telefon saya pun pulang ke rumah. Dalam perjalanan di dalam kereta, hati saya betul-betul tersentuh dengan cerita sahabat saya tadi. Pertama kali saya mendengar cerita yang sebegitu. Mungkin sudah nasib sahabat saya itu. Insyaallah saya pasti dan yakin satu hari nanti sahabat saya itu akan mengecapi bahagia. Itu doa saya buat sahabat saya itu.

7 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Salam Shelly..
Mmg sedih kisah sebegitu. Mainan jahat manusia yang berhati syaitan. Teringat akak, kawan akak pn pernah mengalami masalah yang sama dengan suaminya.
Bila tgk perniagaan mereka berjaya, ada yang tak senang hati. Lama jugak kawan akak tu tak boleh melayan suami sbb period tak habis-habis.
Alhamdulillah, setelah berubat dia sihat kembali.

shelly Yusop said...

Salam Kak Nik,
Shelly ada juga mendengar kisah yang begitu tapi shelly tak sangka pulak ada sahabat shelly yang terkena. Mengapalah manusia semakin tidak berperikemanusiaan? Sudah hampir kiamat ke dunia kita ni?
Shelly selalu berdoa agar shelly tidak ditimpa dugaan yang sehebat begitu. Cuma shelly teringat pada arwah ibu shelly yang meninggal disebabkan strok. Kak Nik tahu dua tiga bulan sebelum arwah kena strok hidung dan mulut arwah akan sentiasa berdarah. Yang peliknya bila shelly bawa ke hospital darah akan tiba-tiba berhenti. Doktor kata panas tapi bila sampai rumah hidung dan mulut akan berdarah semula.
Ada bawa berubat kg. Perubahan ada la dua tiga hari lepas tu darah akan keluar semula. Sehinggalah arwah jatuh di bilik air dan disahkan strok. Banyak lagi yang berlaku yang kadangkala tak masuk dek akal. Tapi itulah hakikat yang tak boleh shelly lupakan begitu sahaja.
Semakin maju dunia kita ni semakin tak bertamadun masyarakat kita hari ini. Realitinya manusia sekarang semakin melupakan akhirat dan lebih kepada duniawi semata.
Wallahualam...

dhan said...

napelah manusia xpenah rasa takut pada Allah... mesti ade sifat dengki padahal sesama manusia.. malah sesama Islamkan...
saya takut menghadapi hal2 sebegini.. mudah2an kita semua sentiasa dilindungi Allah... Amin Ya Rabbal Alamin....

shelly Yusop said...

salam..
begitulah dhan. bila hati tidak ikhlas dan bersih jadi la benda-benda yang macam ni. zaman ni dah tak mengenal yang mana dosa dan yang mana pahala. bagi mereka kepuasan dan kehendak mereka yang penting.
sama-sama kita berdoa agar kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang menyekutukan Tuhannya...

zara aluwi said...

Kebanyakan Indon yg dtg ke Malaysia ni (terutamanya perempuan) mereka datang nak cari laki yg boleh tanggung segala keperluan dia dan keluarga dia di Indon. Mereka ni memang pandai menggoda, menipu, berlakon baik dan alim. Hakikatnya mereka inginkan kesenangan. Yg bodohnya jantan Malaysia ni. Terpengaruh habis! Lupa anak bini yg sedia ada. (maaf kasar skit bahasa ni) Sbb aku tak suka minah Indon kaki penipu.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Shelly,
Mmglah kita ini berada di akhir zaman.. sbb tu fitnah akhir zaman banyak yang tertempias kepada kita.. Semoga kita terlindung daripadanya.

Mcm2 perkara tak masuk akal orang boleh buat hari ni..semuanya kerana mengikut hawa nafsu..

Sebb tu lah Allah kata dalam surah Al-Waqi'ah.. syurga itu dihuni oleh sebahagian besar umat manusia terdahulu dan sedikit sahaja drpd umat manusia yang kemudian

Tapi kita tidak boleh berputus asa, sbb janji Allah dalam surah yang sama, ramai jgk yang golongan kanan yang akan memperolehi syurga dari umat yang kemudian..

Usah lupa berdoa kita dimasukkan ke dalam golongan yang mendapat rahmat dari-Nya

Madam Casper said...

ishh...sedih pulak baca citer kawan awak tu...tp tak per moga di a bertemu jodoh lain yg akan membahagiakan dia