CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 16, 2009

Majlis Cukur Jambul & Berendoi Qaisara Balqish serta Khatam Quran..26 Januari 2009

Akhirnya majlis dijalankan tepat pada pukul 10.30 pagi. Dimulakan dengan berzanji & berzikir dari Kumpulan Marhaban Taman Sri Mawar. Kumpulan marhaban ini rata-rata adalah sahabat karib arwah ibu saya. Sengaja saya menjemput mereka kerana ingin mengimbas kenangan arwah ibu saya bersama team mereka. Alhamdulillah walau tidak semua yang hadir, namun kerinduan saya pada arwah ibu terubat jua. Terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus memberi semangat kepada saya dan adik-adik yang lain agar meneruskan kehidupan kami dengan bahagia walau arwah ibu saya telah tiada.

Gambar ini saya rakamkan sebelum majlis bermula. Tambah seronok hati saya bila melihat Qaisara Balqish memakai baju gaun. Rasa tak sabar nak tunggu Qaisara Balqish berlari.


Ini gambar Qaisara Balqish didalam buai semasa berendoi. Alhamdulillah tiada langsung tangisan dari Qaisara Balqish semasa majlis ini.


Inilah pertama kali saya mendengar alunan lagu untuk berendoi. Menitik air mata saya apabila menghayati bait-bait lagu itu. Dan apabila saya melihat sekeliling, rata-rata semua mengalirkan air mata. Mungkin terusik dengan lirik lagu yang menceritakan tentang kepayahan seorang ibu membesarkan anak-anaknya.



Walaupun menggigil namun saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menggunting rambut anak saya. Saya mengharapkan agar apabila dewasa Qaisara Balqish akan menjadi muslimah yang taat pada saya dan suami.

Maklong saya inilah yang akan mengantikan tempat arwah ibu saya. Teruja juga maklong saya bila menerima cucu sulung dalam keluarga saya.


Inilah ketiga-tiga anak buah saya ketika khatam quran. Baju sama, selendang sama sampai sukar nak membezakan mereka.


Inilah sebahagian kumpulan marhaban Taman Seri Mawar. Oleh kerana hari ini jatuh pada hari cuti umum yang panjang, hanya 30 sahaja yang dapat menghadiri. Walaupun begitu saya sudah cukup puas hati dan berterima kasih pada mereka kerana sudi menghadirkan diri pada majlis saya.


Walaupun telah ada Qaisara Balqish namun kasih dan sayang saya tidak berbelah bagi kepada anak belaan saya ini. Adlyn juga gembira dengan kehadiran Qaisara Balqish. Sudah boleh diharap untuk menjaga Qaisara Balqish apabila saya sibuk didapur.



Yang berbaju kuning tu makteh saya bersama anaknya (baju pink). Mereka juga antara orang kuat saya pada majlis itu.


Ini dia team membasuh yang saya bawa khas dari kuantan pahang. Yang berbaju dan bertopi hitam tu amin buah hati adik saya shela dan yang ala-ala aflin shauki tu adik ipar tak jadi. Walaupun begitu Kiman tetap sporting datang untuk membantu saya membuat persiapan.



Sempat lagi baca paper ye!!!! Yang baju merah tu Fendi (boypren adik saya Sue) yang baju hitam silang kaki tu Awang (boypren adik saya Sukma) dan yang baju hitam belang tu kawan Awang namanya Kechik. Terima kasih kerana membantu sehingga majlis selesai.


Dah macam komunis la muka Amin ni!! He..he... letih ye? Saya kena control cun sentiasa ceria dan bergelak ketawa walaupun sebenarnya kaki saya dah nak patah sebab berdiri terlalu lama.


Kepada semua tetamu yang menghadirkan diri saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian dan buat semua saudara mara, bakal adik-adik ipar dan jiran tetangga saya hargai jasa kalian semua membantu saya menjayakan majlis ini. Tanpa kalian semua mungkin majlis ini tidak dapat dijalankan dengan jayanya.

0 comments: