CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 15, 2008

Cerita Rendang Bengkak Raya

Ini adalah pertama kali saya membuat rendang sendiri. Sebelum ini saya hanya tahu order je daripada arwah ibu saya. Sekarang baru padan muka saya. Hampir sejam saya berborak dengan mak saudara saya. Bukannya nak berborak sangat pun, tapi terpaksa mendengar celoteh mak saudara saya ini sebelum membuat rendang. Perkara pertama yang saya buat adalah menyalin resepi. Kemudian mencari pasar segar untuk mendapatkan bahan-bahannya. Dan mula memasak...

Waktu ni yang paling malas sekali sebab kena kacau je rendang ni. Kata adik saya sampai melecet ketiak...

Semasa membuat rendang ni, entah bagaimana adik saya yang no 2 mengadu sakit mata. Katanya mata berdenyut-denyut. Matanya mula membengkak dan menghadkan pandangan mata. Kata doktor yang merawat adik saya ianya adalah bengkak kerana alahan. Tak pernah pulak adik saya ada alahan. Sebelum ni semua makanan dibedalnya. Kesian saya tengok adik saya ni. Dah la berhempas pulas membantu menyiapkan rendang last-last mata membengkak pula. Ketiak melecet, mata membengkak... Macam-macam hal...

Ni la adik saya... Kesian matanya bengkak...

Tibalah masanya untuk saya menceritakan tentang rendang saya. Alhamdulillah sedap pula rasanya.. (perasan pulak) tapi masih banyak yang perlu diperbaiki. Rendang yang saya panggil rendang bengkak (mengambil sempena bengkaknya mata adik saya) mendapat pujian suami saya. Walaupun tidak dapat menandingi kesedapan rendang arwah ibu saya namun saya sudah cukup puas hati. Mungkin lain kali saya akan membuatnya lagi. Adik saya pula berhari-hari tidak keluar rumah kerana bengkak matanya tidak surut-surut.


INILAH RENDANG BENGKAK SAYA

Posted by Picasa

0 comments: