CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 20, 2008

Biarkan Aku Menangis..

Sudah banyak buku karya Norhayati Berahim yang saya baca. Entah mengapa karya yang satu ini sangat dekat dengan hati saya. Buku yang diberikan tajuk BIARKAN AKU MENANGIS ini benar-benar mampu untuk membuatkan saya menangis. Buku ini bukan baru dikeluarkan. Cetakan yang pertama dikeluarkan pada 2006. Mungkin jalan cerita dalam karya ini sedikit sebanyak menyentuh kisah peribadi saya. Saya amat mengkagumi bakat yang tuhan anugerahkan kepada beliau sebagai seorang penulis.

Watak Sarah dalam cerita ini saya gambarkan sebagai seorang yang sangat tabah dan bersemangat kental. Berdepan dengan pelbagai ujian yang saya kira jika saya di tempat Sarah ini sudah tumbang dengan permasaalahan yang bertimpa-timpa. Apa yang saya suka tentang karya-karya Norhayati Berahim ini adalah apa saja yang cuba dipersembahkan dalam setiap karyanya adalah sesuatu yang sangat biasa kita dengar di kalangan masyarakat kita hari ini. Sedikit sebanyak kita sebagai pembaca dapat mencuri ilmu bagaimana kita sebagai orang biasa menanganinya.

Satu ketika dulu saya pernah kehilangan buku ini. Bukan saya sengaja menghilangkannya tetapi kawan saya yang meminjam seperti tidak mahu memulangkannya. Oleh kerana saya takut sukar untuk menemui buku ini kembali, saya membeli buku ini semula dan tidak mahu meminjamkan kepada kawan-kawan yang lain. Kini saya telah memiliki hampir kesemua karya Norhayati Berahim. Saya tidak menjadikan buku-buku karya beliau semata-mata karya hiburan malah kadangkala saya menggunakannya sebagai rujukan. Saya rasa dengan cara itu sedikit sebanyak ada ilmu yang telah Norhayati Berahim turunkan kepada pembacanya.


Wajah Qaisara yang diabadikan sebagai cover buku ini adalah yang paling cantik dalam banyak-banyak buku yang lain (itu pada pendapat saya la).

Saya menyimpan impian untuk menjadi seorang penulis satu hari nanti. Tinggal lagi saya belum banyak belajar teknik menulis dengan betul. Insyaallah jika segalanya berjalan lancar tentu impian saya akan tercapai satu hari nanti. Kepada kak Norhayati Berahim, terima kasih kerana selalu menjadi tempat rujukan saya. Saya sangat-sangat menghargainya. Saya doakan akak akan terus berjaya dalam karya-karya akak yang akan datang.
Posted by Picasa

0 comments: